AI Tool dalam PdPSK LKTP Belitong · 18 Ogos 2026
Rujukan · Sedia Salin

Perpustakaan Prompt

Prompt yang baik = arahan yang lengkap. Gunakan 4 bahagian CTFC ini setiap kali anda menulis prompt, di mana-mana AI tool. Tukar bahagian dalam [KURUNGAN] mengikut kelas anda sebelum digunakan.

Formula CTFC: resipi prompt guru

C · Context

Siapa anda & latar kelas

Contoh: Saya guru Sains Tahun 5 di sekolah rendah luar bandar, murid saya majoriti berkemampuan sederhana.

T · Task

Apa yang diperlukan (+ sumber jika ada)

Contoh: Berdasarkan DSKP yang saya muat naik, hasilkan 5 soalan kuiz topik Kitaran Air.

F · Format

Bentuk output

Contoh: Jadual: soalan, pilihan A hingga D, jawapan dan penerangan ringkas.

C · Constraints

Had & kehendak

Contoh: Bahasa Melayu mudah untuk murid 11 tahun, elak istilah teknikal tanpa penerangan.

Notebook · Chat

Notebook · Chat Sumber disediakan: laluan udara pernafasan (sedia guna)
Berdasarkan buku teks yang dimuat naik, terangkan laluan udara semasa manusia menarik nafas bermula dari hidung hingga ke peparu, dalam bentuk jadual dua lajur: bahagian yang dilalui dan fungsinya. Bahasa Melayu mudah untuk murid Tahun 4.
Notebook · Chat Sumber disediakan: kuiz organ pernafasan (sedia guna)
Berdasarkan sumber, bina 5 soalan kuiz aneka pilihan tentang organ pernafasan manusia untuk murid Tahun 4: 3 soalan mudah dan 2 soalan sederhana, dengan jawapan dan penerangan ringkas selepas setiap soalan.
Notebook · Chat Sumber disediakan: RPH gerak balas rangsangan (sedia guna)
Berdasarkan buku teks yang dimuat naik, sediakan draf Rancangan Pengajaran Harian 60 minit bagi topik Gerak Balas terhadap Rangsangan untuk Tahun 4: objektif boleh diukur, aktiviti 5 fasa dan satu aktiviti amali mudah menggunakan organ deria. Bahasa Melayu formal.
Notebook · Chat Rumusan DSKP kepada bahasa mudah
Berdasarkan sumber DSKP yang dimuat naik, rumuskan standard kandungan dan standard pembelajaran bagi topik [TOPIK] dalam jadual ringkas, kemudian cadangkan 3 aktiviti PdP yang sesuai untuk murid Tahun [TAHUN] berkemampuan sederhana. Bahasa Melayu mudah.
Notebook · Chat Jana soalan pentaksiran berujukan
Berdasarkan sumber, bina 10 soalan objektif aneka pilihan bagi topik [TOPIK] untuk murid Tahun [TAHUN]: 4 soalan aras mudah, 4 sederhana dan 2 KBAT. Sediakan jadual jawapan dengan rujukan muka surat sumber bagi setiap soalan. Jika maklumat tiada dalam sumber, nyatakan TIADA, jangan reka.
Notebook · Chat Draf RPH daripada sumber
Berdasarkan sumber DSKP dan nota yang dimuat naik, sediakan draf Rancangan Pengajaran Harian bagi topik [TOPIK] Tahun [TAHUN]: objektif pembelajaran (boleh diukur), kriteria kejayaan, aktiviti 5 fasa (set induksi, perkembangan 3 langkah, penutup), BBM dan pentaksiran. Bahasa Melayu formal, format senarai.
Notebook · Chat Banding buku teks dengan DSKP
Berdasarkan kedua-dua sumber (buku teks dan DSKP), kenal pasti standard pembelajaran topik [TOPIK] yang TIDAK diliputi sepenuhnya oleh buku teks, dan cadangkan bahan tambahan untuk menutup jurang itu. Bentangkan dalam jadual dua lajur.

Studio · Slide Deck

Studio · Slide Deck Tema Superhero
Slaid untuk murid Tahun [TAHUN] dengan tema superhero. Setiap konsep utama diterangkan sebagai 'kuasa superhero', gunakan bahasa Melayu mudah dan ceria, selitkan soalan pantas 'Misi Kilat' pada setiap 2 slaid, dan akhiri dengan 'Misi Utama' iaitu satu cabaran tugasan untuk murid.
Studio · Slide Deck Tema Lego / Blok Binaan
Slaid untuk murid sekolah rendah dengan tema blok binaan lego. Mulakan dengan 'asas tapak', kemudian setiap slaid menambah satu 'blok' konsep di atas blok sebelumnya sehingga menara ilmu lengkap. Bahasa Melayu mudah, satu idea satu slaid, akhiri dengan slaid 'Bina Sendiri' untuk aktiviti murid.
Studio · Slide Deck Tema Angkasa Lepas
Slaid untuk murid Tahun [TAHUN] dengan tema pengembaraan angkasa lepas. Murid ialah angkasawan, setiap konsep ialah satu planet yang perlu diterokai, guru ialah kapten misi. Bahasa Melayu ceria, ada 'log misi' ringkas pada akhir setiap bahagian dan kuiz 'pendaratan' pada slaid akhir.
Studio · Slide Deck Tema Bawah Laut
Slaid untuk murid sekolah rendah dengan tema penerokaan bawah laut. Setiap konsep ialah satu zon laut dari cetek ke dalam, gunakan analogi hidupan laut, bahasa Melayu mudah, soalan 'buih soalan' setiap 2 slaid dan cabaran 'harta karun' di slaid akhir.
Studio · Slide Deck Tema Sukan / Perlawanan
Slaid untuk murid Tahun [TAHUN] dengan tema kejohanan sukan. Setiap konsep ialah satu acara perlawanan, markah diberi selepas setiap 'perlawanan' (soalan pantas), dan slaid akhir ialah 'perlawanan akhir' iaitu kuiz 5 soalan. Bahasa Melayu ceria dan bersemangat.

Studio · Infografik

Studio · Infografik Tema Lego
Infografik satu halaman untuk murid sekolah rendah dengan tema blok binaan lego berwarna-warni. Susun isi sebagai blok yang bercantum dari bawah ke atas, maksimum 6 blok utama, bahasa Melayu mudah, setiap blok ada ikon dan satu ayat ringkas.
Studio · Infografik Tema Superhero
Infografik satu halaman bergaya poster komik superhero untuk murid Tahun [TAHUN]. Tajuk besar di atas, 4 hingga 6 panel komik menerangkan konsep utama, kotak 'kuasa istimewa' untuk fakta penting dan kotak 'musuh' untuk kesilapan lazim murid. Bahasa Melayu ringkas.
Studio · Infografik Tema Peta Pengembaraan
Infografik satu halaman berbentuk peta pengembaraan untuk murid sekolah rendah: laluan bermula dari 'Mula' ke 'Tamat' melalui 5 hingga 7 perhentian, setiap perhentian satu konsep dengan ikon dan ayat pendek, ada 'checkpoint soalan' di tengah laluan. Bahasa Melayu mudah.
Studio · Infografik Tema Resipi Masakan
Infografik satu halaman bergaya kad resipi: 'bahan-bahan' ialah konsep atau fakta asas, 'cara memasak' ialah langkah proses [PROSES] mengikut turutan, dan 'hidangan siap' ialah kesimpulan. Bahasa Melayu mudah untuk murid Tahun [TAHUN].

Studio · Quiz

Studio · Quiz Fokus kuiz organ pernafasan (sedia guna)
Fokus kepada organ pernafasan dan proses menarik serta menghembus nafas sahaja. Soalan mesti berdasarkan fakta dalam buku teks, dengan bahasa Melayu mudah untuk murid Tahun 4.

Studio · Flashcards

Studio · Flashcards Istilah Unit 2 Manusia (sedia guna)
Istilah penting Unit 2 Manusia: organ pernafasan, hasil perkumuhan dan penyahtinjaan, serta gerak balas terhadap rangsangan. Muka depan kad ialah istilah pendek (1-3 patah perkataan), muka belakang penerangan satu ayat dalam bahasa Melayu mudah untuk murid Tahun 4.

Studio · Mind Map

Studio · Mind Map Peta minda Unit 2 (sedia guna)
Peta minda mesti fokus kepada Unit 2 Manusia sahaja, dengan tiga cabang utama: pernafasan, perkumuhan dan penyahtinjaan, serta gerak balas terhadap rangsangan. Label cabang dalam bahasa Melayu mudah untuk murid Tahun 4.

Studio · Data Table

Studio · Data Table Jadual organ pernafasan (sedia guna)
Bina jadual organ pernafasan manusia berdasarkan buku teks dengan lajur: nama organ, kedudukan dalam badan, fungsi utama, dan satu fakta menarik. Bahasa Melayu mudah untuk murid Tahun 4.

Studio · Reports

Studio · Reports Nota poket murid (sedia guna · Create Your Own)
Hasilkan nota poket satu muka surat untuk ulang kaji murid Tahun 4 tentang sistem pernafasan manusia: senarai organ dan fungsinya, urutan laluan udara, dan 5 fakta 'Tahukah Anda?' yang menarik. Gaya mesra murid, bahasa Melayu mudah, guna tajuk kecil dan senarai bernombor.

Studio · Audio Overview

Studio · Audio Overview Fokus podcast pernafasan (sedia guna)
Bincangkan mengapa manusia perlu bernafas dan bagaimana udara bergerak dari hidung hingga ke peparu, dengan analogi kehidupan harian yang mudah difahami murid Tahun 4. Akhiri dengan 3 soalan renungan ringkas untuk murid.

Studio · Video Overview

Studio · Video Overview Topik video pengembaraan Oksi (sedia guna)
Perjalanan udara dalam badan manusia dari hidung hingga ke peparu, diceritakan sebagai pengembaraan seekor zarah udara comel bernama Oksi, untuk murid Tahun 4, dalam bahasa Melayu yang mudah dan ceria.

Canva AI · Slaid

Canva AI · Slaid Slaid PdP lengkap
Hasilkan slaid pembentangan [BILANGAN] muka dalam Bahasa Melayu untuk PdP [SUBJEK] Tahun [TAHUN] bertajuk [TAJUK], gaya ceria dan mesra murid sekolah rendah, ada soalan kuiz pada slaid akhir dan slaid objektif pembelajaran di awal.

Canva AI · Aktiviti

Canva AI · Aktiviti Lembaran kerja
Hasilkan lembaran kerja satu halaman dalam Bahasa Melayu untuk murid Tahun [TAHUN] bagi topik [TOPIK]: bahagian A padankan 5 item, bahagian B isi tempat kosong 5 soalan, bahagian C satu soalan KBAT dengan ruang jawapan. Reka bentuk ceria mesra cetak hitam putih.

Canva AI · Poster

Canva AI · Poster Poster peraturan / kempen kelas
Hasilkan poster A4 dalam Bahasa Melayu bertajuk [TAJUK] untuk kelas Tahun [TAHUN]: 5 poin ringkas dengan ikon, warna terang ceria, fon besar mudah dibaca dari jauh, gaya kartun mesra kanak-kanak.

Canva AI · Code

Canva AI · Code Kuiz interaktif
Bina kuiz interaktif mudah dalam Bahasa Melayu tentang [TOPIK] untuk murid Tahun [TAHUN], [BILANGAN] soalan aneka pilihan dengan skor, maklum balas ceria selepas setiap jawapan dan skrin tahniah pada akhir.
Canva AI · Code Roda nama / pemilih rawak murid
Bina roda pemilih rawak interaktif dalam Bahasa Melayu: saya boleh menaip senarai nama murid, klik butang PUSING dan roda memilih satu nama secara rawak dengan animasi dan bunyi ceria. Ada butang padam nama yang sudah dipilih.

Canva AI · Aktiviti Murid

Canva AI · Aktiviti Murid Create student activities
[TOPIK] untuk [SUBJEK] Tahun [TAHUN]. PENTING: Hasilkan seluruh aktiviti dalam Bahasa Melayu sepenuhnya - semua tajuk, arahan dan label mesti dalam Bahasa Melayu, jangan guna Bahasa Inggeris.
Canva AI · Aktiviti Murid Susulan: terjemah baki teks BI
Terjemahkan semua teks dalam aktiviti ini kepada Bahasa Melayu sepenuhnya, kekalkan susun atur dan reka bentuk.

Guru · Pengurusan

Guru · Pengurusan Mesej ringkas kepada ibu bapa
Draf mesej WhatsApp ringkas dan mesra dalam Bahasa Melayu kepada ibu bapa murid Tahun [TAHUN] tentang [PERKARA], nada positif, maksimum 80 patah perkataan, mulakan dengan salam dan akhiri dengan ucapan terima kasih.
Guru · Pengurusan Ulasan pentaksiran murid
Bantu saya menulis ulasan PBD untuk murid dengan tahap penguasaan [TP] bagi [SUBJEK]: 3 versi ulasan berbeza, setiap satu 2 ayat, nada membina dan positif, Bahasa Melayu formal sederhana.
Gemini Notebook · Canva AI for Education
Ts. Ashraf bin Naim · Penolong PPD (Menengah & Tingkatan 6) · PPD Kluang