AI ialah pembantu yang berkuasa, tetapi guru kekal bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan dan data. Lima amalan ini tidak boleh dikompromi.
Nama penuh, nombor kad pengenalan, markah individu dan foto murid tidak sepatutnya dimuat naik ke mana-mana AI tool. Gunakan data tanpa nama atau data contoh.
AI boleh tersilap. Baca dan sahkan setiap fakta, terutama sebelum diedarkan kepada murid. Anda guru, AI hanya pembantu.
Akaun moe-dl.edu.my memberi perlindungan Workspace for Education dan akses Canva for Education percuma. Elakkan akaun peribadi untuk dokumen sekolah.
Untuk bahan rasmi yang diedarkan secara meluas, amalan baik ialah menyatakan bahan dibantu AI dan disemak oleh guru.
Jangan muat naik buku teks berhak cipta ke platform awam untuk dikongsi semula. Kegunaan peribadi untuk PdP adalah wajar, penerbitan semula tidak.