AI Tool dalam PdPSK LKTP Belitong · 18 Ogos 2026
Rujukan Pantas

Bila guna yang mana?

Dua tool ini saling melengkapi, bukan bersaing. Panduan mudah:

GEMINI NOTEBOOK

notebook.google.com

• Anda ADA bahan (DSKP, buku teks, nota, kertas soalan) dan mahu AI bekerja BERDASARKAN bahan itu

• Perlukan jawapan berujukan yang boleh disemak, kurang risiko rekaan

• Mahu tukar bahan kepada kuiz, podcast, slaid, infografik atau peta minda secara automatik

CANVA AI

canva.com/ai

• Anda mahu HASILKAN bahan visual baharu: slaid cantik, poster, lembaran kerja, video pendek

• Perlukan bahan interaktif segera (kuiz Canva Code) atau aktiviti murid siap agih

• Mahu sunting imej dengan pantas: Magic Eraser, Magic Edit, Magic Layers

Aliran kerja terbaik

Aliran kerja paling berkesan: fahamkan kandungan dengan Gemini Notebook dahulu (fakta tepat + rangka), kemudian salin hasilnya ke Canva AI untuk visual yang menarik.

Gemini Notebook · Canva AI for Education
Ts. Ashraf bin Naim · Penolong PPD (Menengah & Tingkatan 6) · PPD Kluang